SPR Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Apa akan berlaku sekiranya bot yang membawa peti undi Suruhanjaya Piilihan Raya (SPR) dihanyutkan arus deras di kawasan yang dipenuhi buaya.

Adakah kempen di satu bahagian pilihan raya akan diteruskan sekiranya satu daripada calon meninggal dunia sebelum hari pengundian?

Dan siapakah yang akan dikira sebagai pemenang sekiranya dua calon yang bertanding pada satu kerusi menerima jumlah undi yang sama?

Ini adalah beberapa senario dan andaian luar biasa yang perlu dihadapi oleh SPR sebagai sebahagian daripada persiapan mereka dalam usaha memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berjalan lancar.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz berkata peti-peti undi yang diangkut melalui jalan sungai di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak akan dilengkapi dengan pelampung bagi menghalang peti undi berkenaan daripada hilang ketika dalam perjalanan ke pusat pengiraaan undi.

"Langkah berjaga-jaga ini telah diambil sejak pilihan raya kecil Tenang serta pilihan raya negeri Sarawak pada 2011.

"Kami telah menguji apungan yang sesuai bagi setiap peti undi dengan melontar peti undi berkenaan ke dalam kolam renang untuk memastikan ia tidak tenggelam,” katanya dalam satu temubual bersama The Star.

Kotak yang dilengkapi dengan pelampung ini akan hanya digunakan di bahagian pedalaman dua negeri di mana kertas undi dari beberapa kawasan pengundian yang jauh dan kecil perlu dibawa ke pusat pengiraan sebelum kertas undi boleh dikira.

Bagi kawasan lain, kertas undi akan dikira dan keputusannya akan diselaraskan dengan pusat pengiraan undi, kata Abdul Aziz.

Bagi situasi di mana seorang calon meninggal dunia semasa tempoh kempen, SPR akan membenarkan parti itu meletakkan calon lain bagi kerusi berkenaan, katanya. Bagaimanapun syarat ini tidak terpakai bagi calon Bebas.

"Kami akan melanjutkan tempoh kempen bagi kawasan Parlimen berkenaan keseluruhannya dan satu tarikh pengundian yang baru akan ditetapkan. Ini bagi memberikan ruang kepada calon baru sedikit masa berkempen.”

"Kami akan melanjutkan tempoh kempen untuk seluruh kawasan parlimen yang berkenaan dan satu tarikh undian baru akan ditetapkan. Ini ialah untuk membenarkan calon baru sedikit masa berkempen."

Bagi calon yang berkelakuan seperti orang hilang akal pada hari penamaan calon, Abdul Aziz berkata SPR akan semak dengan Kementerian Kesihatan untuk memmastikan sama ada mereka telah diisytiharkan menghidap penyakit mental atau tidak.

"Melainkan secara rasminya kementerian telah mengisytiharkan seseorang itu menjadi gila, kita tidak boleh menolak permohonannya tidak kira betapa aneh dia bertindak ketika berada di pusat penamaan calon."

Abdul Aziz berkata setakat ini belum pernah berlaku kes di mana calon yang bertanding bagi satu kerusi itu menerima jumlah undi yang sama.

Sekiranya ia berlaku, calon hanya boleh meminta pengiraan undi dibuat namun ia akan dilakukan hanya sekali.

"Sekiranya keputusannya sama, pegawai pengurus mempunyai kuasa untuk menentukan pemenang dengan menggunakan satu kaedah di hadapan calon dan agen mereka. Sebagai contoh, dia boleh membuat balingan duit syiling atau lukisan berjerami untuk menentukan pemenang," katanya.

Abdul Aziz memberi jaminan kepada para pengundi bahawa SPR boleh mengendalikan mana-mana kes istimewa yang berlaku ketika pilihan raya berlangsung.

"Kami telah mengambil kira pelbagai kemungkinan dan kita telah memasukkannya dalam syarat dan peraturan kami," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan