Shafie Minta Rakyat Renungi Pertelagahan Sesama Pembangkang

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta rakyat merenungi pertelagahan antara parti pembangkang sekarang yang membawa mesej jelas mengenai kerjasama mereka.

Katanya kegagalan pakatan pembangkang menyelesaikan isu agihan kerusi untuk ditandingi mereka pada pilihan raya kali ini membayangkan mereka juga tidak akan mampu menangani isu yang lebih penting membabitkan rakyat, agama, bangsa dan negara.

"Saya yakin segala-galanya petunjuk tuhan kepada rakyat Malaysia dalam menentukan siapa pilihan mereka," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perjumpaan Dengan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Perasmian Pasar Raya Sahabat Ikhtiar di Dewan Masyarakat Semporna, di sini pada Ahad. Menurut Mohd Shafie, perebutan kerusi itu juga menunjukkan kerjasama pakatan pembangkang amat rapuh serta tidak ikhlas dalam memperjuangkan kebajikan rakyat.

Ini amat berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ikhlas menjaga kepentingan seluruh rakyat menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif, katanya.

Beliau memberi contoh manifesto pilihan raya BN yang lengkap, meliputi keperluan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Manifesto itu katanya dianggap Perdana Menteri sebagai akujanji BN untuk terus membangunkan negara dan memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

"Pilihlah pemimpin yang ada keikhlasan mahu membantu kita. Kepimpinan Najib mampu membawa negara ke arah kejayaan. Pembangkang pandai buat ceramah sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa untuk membantu rakyat," katanya.BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan