PRU-13: PSM Mungkin Bertanding DUN Jelapang

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI SIPUT: Parti Sosialis Malaysia (PSM) kemungkinan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang jika DAP enggan memberi laluan kepada parti berkenaan bertanding di kerusi itu.

Anggota Majlis Tertinggi PSM, Dr Michael Jeyakumar Devaraj berkata perbincangan telah dilakukan dengan DAP berhubung perkara itu namun tiada jalan penyelesaian.

"Kita telah minta untuk bermesyuarat lagi tetapi mereka tidak mahu jumpa. Kita tidak mahu wujudnya pertandingan tiga penjuru antara DAP, PSM dan Barisan Nasional (BN)," kata kepada pemberita selepas pengisytiharan hartanya melalui surat akaun bersumpah, di sini pada Ahad.

Pada PRU12, kerusi DUN Jelapang dimenangi calon DAP, Hee Yit Fong mengalahkan calon PSM, M. Sarasvathy yang bertanding atas tiket Bebas dan calon BN Loh Koi Pin dengan majoriti 6,707 undi.

Hee kemudiannya bertindak keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

PSM sebelum ini mengumumkan bertanding di tiga DUN iaitu Jelapang, Kota Damansara, Semenyih dan Parlimen Sungai Siput kerana telah memberi khidmat di kawasan tersebut. Beliau berkata cadangan DAP bagi menggantikan Jelapang dengan kerusi lain hanya boleh diterima pada PRU14.

Katanya bagi menyelesaikan kemelut kerusi berkenaan parti itu mencadangkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ditubuhkan.

"DAP dan kita akan berhujah mengenai sebab-sebab kenapa patut mewakili kerusi itu di hadapan NGO berkenaan selama setengah jam dan biar mereka buat keputusan.

"Kita sedia menyerahkan kerusi itu kepada DAP sekiranya keputusan NGO itu tidak menyebelahi PSM dan begitu jugalah sebaliknya," katanya yang menjelaskan cadangan itu tidak mendapat maklum balas DAP.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan