PRU-13: Polis Minta Pilihan Raya Tidak Timbulkan Masalah

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis Kedah meminta semua pihak yang terlibat dengan aktiviti berkempen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) termasuk memasang bahan pilihan raya supaya berkempen secara aman dan tidak menimbulkan masalah.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima beberapa laporan kejadian bendera dan poster parti politik dicabut oleh penyokong parti lawan di beberapa tempat di negeri ini.

"Pihak kami akan menjalankan rondaan seperti biasa dan pemantauan di beberapa tempat akan dilakukan. Pemantauan terhadap kegiatan mencabut bendera dan poster sudah pun dijalankan dan buat masa ini tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kegiatan itu.

"Ketika ini keadaan terkawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tadika Perpaduan Roziah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini pada Ahad.

Difahamkan pada Jumaat malam lepas, berlaku pergaduhan antara penyokong dua parti di Kampung Kedah, Kuala Nerang berhubung pemasangan bendera parti.

Difahamkan kedua-dua pihak telah dipanggil polis untuk memberi kenyataan dan diberi amaran supaya tidak mengulangi kejadian itu lagi.

Sementara itu, Ahmad berkata pihaknya akan mengenal pasti kawasan panas di negeri ini bagi PRU13 selepas selesai penamaan calon pada 20 April.

"Selepas penamaan calon, kami akan tentukan kawasan panas dan akan lebih fokus dan pantau kawasan itu," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan