PRU-13: Pengundi Perlu Tolak Calon Nomad - Zainal Abidin Osman

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Pengundi di Pulau Pinang dinasihatkan agar menolak calon yang gemar berpindah dari satu kawasan ke kawasan lain hanya disebabkan kegagalan mereka menunaikan janji kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata kecenderungan calon nomad itu hanyalah untuk memperjudikan nasib rakyat di kawasan masing-masing semata-mata kepentingan peribadi mereka.

"Wakil rakyat seperti ini akan menggunakan apa sahaja alasan untuk mewajarkan tindakan mereka berpindah ke kawasan lain, hakikatnya mereka sebenarnya takut berdepan dengan tindak balas daripada pengundi yang kecewa kerana mereka gagal menunaikan janji.

"Situasi ini benar-benar tidak adil kepada pengundi kerana mereka tidak diberi peluang untuk menilai prestasi ahli-ahli politik 'nomad' ini," katanya kepada pemberita selepas tinjauan mesra di pasar awam dan pusat operasi pilihan raya di Taman Bukit Panchor di sini pada Ahad.

Zainal Abidin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkata pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini pengundi perlu membuat keputusan bijak dengan memilih calon daripada parti politik yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

Dalam perkembangan lain, Zainal Abidin berkata Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow dijangka mengumumkan senarai calon BN negeri ini yang akan bertanding pada PRU13 selewat-lewatnya pada Selasa.

Katanya pada majlis itu, Teng akan menyerahkan surat pelantikan kepada calon BN yang dipilih itu, 60 peratus daripadanya bagi lima kawasan Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terdiri daripada muka baharu.

"Calon BN bagi 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN telah dipilih dengan teliti dan 15 calon Umno yang dipilih adalah penduduk tempatan di kawasan masing-masing," katanya.

Beliau turut menggesa pemimpin Umno dan anggota parti yang tidak dipilih sebagai calon untuk terus kekal dengan parti dan memberikan sokongan kepada calon yang dipilih bagi memastikan kemenangan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan