PRU-13: Chor Selar Kit Siang Berhubung Komen Biadap Terhadap Presiden MCA

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung

PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya melihat kepada dirinya sendiri yang memburu kuasa sebelum mengatakan dia 'kasihan' kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana tidak bertanding pada pilihan raya umum kali ini.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata demikian dalam satu kenyataan pada Ahad.

Chor berkata Dr Chua telah menunjukkan komitmennya dalam melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang bertanggungjawab terhadap parti, berbanding Lim yang enggan memberi laluan kepada generasi akan datang.

"Dr Chua akan mengetuai pertempuran dalam kempen sehingga hari pengundian.

"Ada visi yang ingin dicapai dan keputusan ini memerlukan keberanian politik yang mana ia tidak difahami oleh Kit Siang," katanya dalam satu kenyataan.

Chor menambah, walaupun Kit Siang mendakwa MCA tunduk kepada Umno apabila meminjamkan kerusi mereka kepada parti itu, DAP juga tidak dapat mempertahankan maruah mereka daripada dizalimi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan Gooi Hsiao Leung sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Alor Setar tanpa berbincang dengan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik.

"Disebalik kemarahan Lee terhadap pengumuman itu, tidak langsung kelibat Kit Siang ditemui.

"Senario seperti ini boleh diterjemahkan sama seperti DAP tunduk kepada PKR. "Bukan itu sahaja, keputusan Kit Siang bertanding di Gelang Patah juga diumumkan oleh Anwar.

"Jika DAP berkongsi hak sama rata dengan PKR, mengapa perlu mereka menunggu orang daripada parti lain membuat pengumuman di mana Kit Siang akan bertanding?," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan