PRU-13: Bekas Timbalan SUK Kedah Calon PKR Bagi Parlimen Langkawi

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ahmad Abdullah, 64, pada Ahad diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Langkawi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di sini, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menamakan penyandang kerusi Parlimen Kuala Kedah Datuk Ahmad Kassim, 50, sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah.

Pakatan pembangkang memperuntukkan satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Langkawi iaitu Ayer Hangat, kepada PAS yang dijangka mempertaruhkan Yang Dipertua PAS Langkawi Zubir Ahmad, 50.

Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Langkawi dan dua kerusi DU Npada PRU 2008.

Pada PRU 2008, PKR bertanding bagi tujuh kerusi dan menang lima kerusi. Mereka kalah di kawasan Parlimen Alor Setar dan Langkawi.

PKR sebelum ini mengumumkan nama calon bagi enam kerusi Parlimen yang mereka tandingi pada PRU 2008.

Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Machang, Kelantan, akan bertanding di kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu manakala Naib Presiden parti N. Surendran pula akan bertanding bagi kerusi Parlimen Padang Serai.

Calon lain ialah Ketua Wanita Cabang Sungai Petani Nor Azrina Surip.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan