Perjuangan Dalam Politik Perlu Ikhlas - Badruddin

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TASEK GELUGOR: Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata perjuangan dalam politik perlu ikhlas dan setiap individu yang terlibat dalam politik perlu menerima apa juga perubahan yang berlaku kerana ia untuk kebaikan sesebuah parti.

Beliau berkata gabungan kepimpinan yang terdiri daripada pelapis muda dan orang lama, secara tidak langsung akan memantapkan perjuangan parti serta mengekalkan keyakinan rakyat terhadap parti pada masa depan.

"Dalam perjuangan perlu ada perubahan, peningkatan faktor usia kadang-kadang menjadi halangan kepada individu untuk bertahan dalam politik. Kita perlu beri laluan kepada golongan muda, gabungan antara orang muda dan orang lama menjadikan parti lebih kuat.

"Pemimpin yang tidak dipilih tidak perlu rasa kecewa, terimalah keputusan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tenang dan berpeganglah kepada qada' dan qadar, tetapi berilah sokongan kepada calon-calon baru, mesti ada semangat juang tanpa pentingkan diri sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan lebih banyak muka baru dalam Umno akan dinamakan sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Badruddin ditemui selepas menyampaikan bantuan insentif program 'Jimat Belanja Dapur' (JBD) kepada lima peserta komoditi ayam di pasar tani Pulau Pinang. Sebelum itu, beliau meluangkan masa melawat dan beramah mesra dengan peserta Pasar Tani Mega Tasek Gelugor di sini, Ahad.

Beliau yang pernah menjadi wakil rakyat selama empat penggal turut menasihatkan anggota Umno supaya terus membantu presiden parti pada saat-saat getir serta tidak menimbulkan sebarang masalah.

"Jangan bagi masalah kepada parti di saat getir ini, bantulah presiden, berjuanglah dengan jujur dan ikhlas, jadikanlah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai contoh terbaik, beliau masih lagi turun padang dan menyampaikan ceramah membantu calon-calon baru. "Inilah masanya pemimpin yang sudah tidak dipilih membalas jasa calon-calon baru yang dipilih untuk bertanding kerana mungkin suatu ketika dahulu calon baru itulah yang telah membantu menampal poster sewaktu kita bertanding," katanya.

Badrudddin yang mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU-13 ini berkata, individu yang melakukan sabotaj terhadap parti dianggap seperti pengkhianat yang lebih teruk daripada pembangkang.

"Ahli yang melakukan sabotaj terhadap parti dilihat lebih keji daripada pembangkang kerana mereka mengkhianati parti yang mereka perjuangkan sebelum ini.

"Kita sudah tidak mempunyai waktu untuk perkara remeh sebaliknya peluang yang ada digunakan untuk merapatkan saf menghadapi PRU-13 yang dianggap penentu survival Umno dan orang Melayu," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan