NBOS Ubah Wajah Flat Tertinggi Di Ipoh

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zambry menandatangani plak pada majlis penyerahan projek membaik pulih kejiranan indah Rumah Pangsa Kinta Heights Jalan Silang dan Jalan Bijih Timah dalam program strategi lautan biru kebangsaan di Ipoh, Perak pada Sabtu.-fotoBERNAMA
Zambry menandatangani plak pada majlis penyerahan projek membaik pulih kejiranan indah Rumah Pangsa Kinta Heights Jalan Silang dan Jalan Bijih Timah dalam program strategi lautan biru kebangsaan di Ipoh, Perak pada Sabtu.-fotoBERNAMA

IPOH: Rumah pangsa tertinggi di Ipoh, Kinta Heights, yang dulunya kelihatan usang kini berubah wajah, sekali gus mengubah landskap bandaraya Ipoh dengan pelaksanaan projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Perak.

Menteri besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata projek kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri ini menunjukkan usaha kerajaan untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat selaras proses transformasi.

"Dalam usaha kita untuk mentransformasikan perumahan di kawasan bandar NBOS akan melihat dan mengindahkan kawasan-kawasan perumahan seperti rumah-rumah pangsa yang ada di kawasan-kawasan bandar.

"Dengan adanya pendekatan ini ia memberikan perubahan dari segi keceriaan termasuk juga dari segi kedudukan rumah-rumah tersebut yang telah dibaik pulih dan diberi wajah baru," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek NBOS di rumah pangsa Kinta Heights, dekat sini, Sabtu.

Selain Kinta Heights, rumah pangsa Jalan Silang dan Jalan Bijih Timah turut terpilih dan diletakkan di bawah projek yang sama.

Zambry yang juga pengerusi BN Perak berkata kerajaan telah siap sedia dengan perancangan lain dan dalam proses menyiap dan membina semula kawasan-kawasan baru melibatkan rumah pangsa.

Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan perancangan kerajaan ini dengan isu-isu politik.

"Kita harap usaha-usaha ini dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim telah menunjukkan kepada kerajaan negeri pelan yang direka yang hanya menanti masa bagi proses pelaksanaan.

"Kalau ada yang menyatakan atau cuba bermain dengan isu-isu politik kita nak sebutkan di sini bahawa kita telah pun membuat persiapan dan ia hanya menanti proses kerana proses biasanya mengambil masa," katanya.

Mengulas lanjut, Zambry berkata projek ini menunjukkan kerajaan turut memberi perhatian kepada penduduk kediaman di bandar, tidak hanya memberi tumpuan kepada penduduk di luar bandar.

Projek ini melibatkan peruntukan sebanyak RM4.4 juta dengan Kinta Heights menelan kos paling besar iaitu RM3.1 juta diikuti rumah pangsa Bijih Timah RM729,000 dan rumah pangsa Jalan Silang RM556,000.

Bangunan rumah pangsa setinggi 20 tingkat ini telah dicat dengan warna biru dan kuning selain mengalami proses penyelenggaraan dan baik pulih.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan