Mat Sabu Hanya Mahu Kuasa - Tun M

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENDANG: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disifatkan sebagai pemimpin yang hanya ingin mendapatkan kuasa walaupun terpaksa menggadai nasib dan harapan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bakal calon PAS di Parlimen Pendang itu mahu mempergunakan undi dan sokongan rakyat bagi mencapai cita-cita politiknya.

"Mat Sabu hanya nak dapat kerusi (kedudukan), dia nak jadi YB (Yang Berhormat). Bukan dia nak perjuangkan Islam sangat pun.

"Perjuangannya hanya untuk jadi calon...dia dan partinya bukan nak perintah negara," katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Rakyat dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Pendang di sini, Sabtu.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan PAS menamakan Mohamad yang dikenali dengan panggilan 'Mat Sabu' untuk bertanding di Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pemilihan Mohamad sekaligus mengetepikan penyandang, Dr Hayati Othman juga daripada PAS yang sudah menjadi wakil rakyat selama dua penggal di kawasan itu.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata, pengundi di Pendang tidak seharusnya membiarkan nasib mereka terus digadaikan PAS dan pembangkang demi kepentingan politik.

"Janganlah orang Pendang ditipu lagi oleh Mat Sabu. Mereka ini banyak pecah-belahkan Islam dan orang Melayu," katanya.

Selain itu Dr Mahathir turut menyeru penyokong BN dan rakyat secara keseluruhannya agar menyokong parti itu demi masa depan yang lebih baik.

"Sokonglah BN, jangan peduli siapa pun calonnya. Paling penting yang perlu disokong ialah parti, bukan individu.

"Kalau sorang individu sahaja yang menang pun tak bawa apa-apa makna, tapi kalau parti menang dan boleh perintah kerajaan negeri dan Persekutuan, ia akan menguntungkan rakyat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan