Keselamatan Seluruh Sabah Terjamin, Ancaman Telah Dihapuskan - Panglima Tentera

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Keadaan di pantai timur Sabah dan negeri Sabah keseluruhannya adalah selamat dan kini bebas daripada ancaman militan dari selatan Filipina.

Jaminan keselamatan itu diberi oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

"Saya dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ingin meyakinkan seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa keselamatan di pantai timur Sabah dan seluruh negeri ini adalah terjamin dan ancaman yang kita hadapi itu telah kita hapuskan sepenuhnya.

"Kami sebagai pasukan keselamatan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan keadaan itu berterusan sampai bila-bila," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai perkembangan keselamatan semasa di kawasan pantai timur Sabah kepada ketua-ketua dan pemimpin masyarakat Cina di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Zulkifeli berkata jumlah anggota tentera di Lahad Datu akan dikurangkan dan ditempatkan di kawasan lain seperti Semporna dan Sandakan secara beransur-ansur.

Beliau berkata anggota tentera yang dipindahkan itu akan tinggal di kem-kem tentera di kawasan mereka ditempatkan.

Mengenai Operasi Daulat yang akan ditamatkan dalam beberapa hari lagi, Zulkifeli berkata operasi itu akan ditransisikan kepada Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) secara berperingkat.

Beliau berkata pada masa ini pegawai-pegawai ESSCOM telah berada bersama-sama beliau di markas operasi di Felda Sahabat untuk memantau pelaksanaan operasi.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan