Golongan Muda Wajar Sokong BN

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Golongan muda wajar menyokong penuh Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum ke-13 kerana hanya parti itu yang menyediakan keperluan generasi tersebut.

Pengerusi Pergerakan Pemuda BN Parlimen Pagoh, Ismail Mohamad berkata mereka seharusnya membantu memberi kemenangan cemerlang kepada calon-calon BN.

"Beri sokongan penuh kepada pemimpin kita supaya mereka menang cemerlang untuk membolehkan mereka meneruskan agenda membela rakyat. Jika BN menang besar, banyak lagi kemudahan untuk orang muda akan disediakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Jalinan Mesra Belia Kawasan Parlimen Pagoh di padang Majlis Perbandaran Muar cawangan Pekan Lenga di sini malam Sabtu.

Katanya di bawah kerajaan BN banyak kemudahan yang diberikan kepada generasi muda termasuk prasarana di luar bandar untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti.

Mengenai karnival tersebut beliau berharap ia memberi peluang kepada golongan muda di kawasan pedalaman menyertai pelbagai aktiviti termasuk sukan dan mengenengahkan bakat mereka dalam bidang seni. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan