Generasi Muda Akan Terus Dibela Di Bawah BN

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Generasi muda akan mendapat kemudahan dan keperluan asas yang lebih banyak sekira terus menyokong Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Pengerusi Pergerakan Pemuda BN Parlimen Pagoh, Ismail Mohamad berkata, sudah terbukti di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak segala keperluan generasi itu dipenuhi serta pembelaan, hak dan kepentingan mereka tidak diabaikan.

"Untuk itu mereka seharusnya membantu memberi kemenangan cemerlang kepada calon-calon BN termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga penyandang Ahli Parlimen Pagoh pada pilihan raya umum kali ini.

"Beri sokongan penuh kepada pemimpin kita supaya mereka menang cemerlang untuk membolehkan mereka meneruskan agenda membela rakyat. Jika BN menang besar, banyak lagi kemudahan untuk orang muda akan disediakan," katanya.

Beliau yang juga Ketua Permuda UMNO Bahagian Pagoh berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Karnival Jalinan Mesra Belia Kawasan Parlimen Pagoh di Padang Majlis Perbandaran Muar Cawangan Pekan Lenga, dekat sini.

Ismail memberitahu, di bawah kerajaan BN, banyak kemudahan yang diberikan kepada generasi muda termasuk menyediakan prasarana termasuk di laur bandar untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti.

Jelasnya, kerajaan memberi sokongan penuh kepada generasi muda kerana sedar mereka merupakan pemangkin dan pelapis kepimpinan dalam mencorak masa depan negara ini.

Mengenai karnival tersebut, beliau berharap ia memberi peluang kepada golonagn muda di kawasan pendalaman tersebut menyertai pelbagai aktiviti termasuk sukan dan mengenengahkan bakat mereka dalam bidang seni.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan