Tiada Halangan Penuntut IPT Jadi Calon PRU-13: Khaled Nordin

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tiada halangan untuk penuntut institut pengajian tinggi (IPT) menjadi calon bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata langkah kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah bagi memberi kebebasan kepada penuntut untuk berpolitik.

Katanya kementerian tidak pernah menghalang jika ada penuntut yang berminat menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Ini kerana, kerajaan percaya mereka merupakan golongan yang telah mampu membuat keputusan dan matang...kita mengiktiraf kematangan pelajar sebab itu kita pinda AUKU dan nanti jika ada begitu ghairah nak berpolitik sehingga ke tahap ingin menjadi calon, terpulanglah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Jom Masuk U peringkat negeri di Persada Johor di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled berkata berdasarkan pengalaman, penuntut yang terlalu aktif berpolitik biasanya kurang menonjol dalam pelajaran dan tidak boleh mendapat ijazah kelas pertama.

Terdahulu ketika berucap, beliau berkata semua IPT sama ada universiti, kolej universiti dan politeknik di negara ini dijangka diwajibkan menyertai eksesais sistem penarafan atau rating pada masa depan.

Beliau berkata perkara itu penting bagi membolehkan pelajar melakukan keputusan tepat dalam memilih IPT terbaik dan berkualiti untuk melanjutkan pengajian mereka.

Sebelum ini, katanya kementerian telah melaksanakan sistem penarafan terhadap IPT iaitu IPTA dan IPTS bertaraf kolej universiti melalui Setara, kolej swasta melalui MyQuest dan politeknik melalui Polyrate, tetapi tidak diwajibkan.

"Sistem ini menilai kualiti sesebuah IPT khususnya dalam konteks pembangunan pembelajaran dan pengajaran peringkat ijazah pertama serta diploma dan kita percaya sistem ini akan membantu pelajar untuk membuat pilihan IPT yang tepat untuk menyambung pengajian," katanya.

Katanya langkah itu kelak akan mempengaruhi semua IPT dan politeknik untuk tidak ketinggalan menyertai eksesais penarafan itu kerana hanya IPT yang berkualiti akan menjadi pilihan pelajar. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan