PRU-13: Pertandingan Tiga Penjuru Jejas Pakatan Pembangkang - Karpal

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bimbang akan kesan besar ke atas kemenangan pakatan pembangkang (PR), Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mahu sekutunya mengelak daripada bertanding sesama sendiri pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

Beliau berkata PR pelu memastikan tidak berlaku pertandingan tiga penjuru di kawasan masing-masing.

"Perlu ada tolak ansur, mesti ada kompromi. Tidak semua akan berpuas hati tapi matlamatnya (kita) mesti memuaskan seramai mungkin. Pertandingan tiga penjuru boleh memberi kesan besar ke atas PR," katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.

DAP Kedah dilaporkan akan bersendirian pada pilihan raya umum kali ini jika permintaannya untuk bertanding di dua kerusi parlimen dan enam kerusi negeri (DUN) tidak dipenuhi oleh PR.

Beberapa kawasan di Kedah seperti Parlimen Alor Setar dan Padang Serai dan DUN Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas serta DUN Sungai Acheh di Pulau Pinang, dikenal pasti bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan