PRU-13: Pemuda Pakatan Pembangkang Di Permatang Pauh Beralih Sokong BN

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Golongan muda pakatan pembangkang di kawasan Parlimen Permatang Pauh dilihat semakin ramai yang meninggalkan pakatan itu dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kerana tidak lagi sebulu dengan pimpinan parti.

Ini jelas terbukti apabila anggota dua cawangan pembangkang bertindak keluar beramai-ramai dari parti yang dianggotai mereka sejak sekian lama.

Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Kubang Ulu di Penanti, Hadzri Ahmad berkata tindakan mereka keluar adalah kerana kecewa dengan pemimpin atasan mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

"Wakil yang kami pilih dan kami beri peluang untuk menjadi wakil kami, tetapi tidak laksanakan tanggungjawab. Apa yang kami mahu tidak dapat, contohnya kebajikan kami tidak dijaga sedangkan BN yang sering memberi bantuan," katanya yang lapan tahun menganggotai PKR.

Beliau juga berkata hanya BN yang mampu memerintah negara serta membawa kemajuan.

"Kita selalunya memilih untuk perubahan. Kita dah cuba tetapi masih tidak berubah juga, jadi kami semua akan sokong BN," katanya.

Ketua Pemuda PAS Cawangan Bagan Serai di Permatang Pasir, Ahmad Shahrizat Hassan berkata wakil PAS hanya datang bertanyakan perihal penduduk lima tahun sekali iaitu setiap kali tibanya pilihan raya.

"Sudah lima tahun kami minta untuk bina sebuah surau di kawasan kediaman kami di Flat 100, tetapi sampai sekarang masih tidak ada. Surau yang ada dibina atas inisiatif kami sendiri dengan membuat kutipan derma.

"Bila tanya kepada wakil rakyat, katanya kerajaan negeri tidak sediakan peruntukan, jadi tidak boleh buat apa-apa," katanya. Kira-kira 100 orang pemuda pakatan pembangkang dari PAS dan PKR telah menyatakan sokongan terhadap BN.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said mengalu-alukan sokongan pemuda pembangkang kepada BN kerana ia adalah masa yang tepat untuk mereka memilih pemimpin yang dapat memenuhi hasrat mereka.

"Syabas dan tahniah kepada mereka kerana sudah ada kesedaran untuk menyokong BN. Harap ini akan jadi petunjuk kepada Penasihat Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa perjuangannya semakin ditolak golongan muda.

"Pemuda pakatan pembangkang sudah mengubah haluan mereka dan sedar tentang keikhlasan perjuangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Di samping itu, bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P. Jenapala membantah perjuangan Anwar dan menggesa anggota PKR dari kalangan masyarakat India supaya sedar bahawa ketua pakatan pembangkang itu tidak memperjuangkan hak dan menjaga kebajikan masyarakat India seperti yang dijanjikannya.

Beliau yang tiga kali dipecat dari PKR menyatakan rasa kesal kerana membawa masuk ramai masyarakat India ke dalam PKR sebelum ini.

"Saya menyesal dengan tindakan membawa masuk mereka dalam PKR kerana 90 peratus daripada mereka tidak didaftarkan sebagai ahli. Anwar hanya mahu sokongan orang India agar beliau boleh jadi perdana menteri.

"Tetapi janji yang diberikan hanyalah satu penipuan, beliau pemimpin yang tidak jujur," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan