PRU-13: PAS Umum Bertanding Lapan Kerusi Parlimen, 30 Kerusi Dun Di Johor

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: PAS mengumumkan untuk bertanding lapan kerusi kawasan Parlimen dan 30 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) di negeri ini dengan turut menampilkan dua calon bukan Islam pada Sabtu.

Lapan kerusi Parlimen itu ialah Pagoh, Parit Sulong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Mersing, Tenggara, Kota Tinggi dan Pulai.

Sementara kerusi DUN ialah di Buloh Kasap, Pemanis, Tenang, Jorak, Gambir, Serom, Sungai Abong, Maharani, Sungai Balang, Sri Medan, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja, Senggrang, Rengit, Machap, Mahkota, Endau, Pasir Raja, Johor Lama, Penawar, Tiram, Puteri Wangsa, Permas, Kempas, Nusajaya, Bukit Permai, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.

Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed memberitahu pemberita selain Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang diletak bertanding di kawasan Parlimen Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat diletak bertanding di kerusi Parlimen Simpang Renggam dan DUN Kempas.

Beliau sendiri akan bertanding di DUN Gambir.

Beliau berkata, dua calon bukan Melayu itu merupakan anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS iaitu Hu Pang Chaw yang akan bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam manakala Kumutha Raman di DUN Tiram. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan