PRU-13: Parti Kita Umum 11 Calon di Kedah - Berita Semasa | mStar

PRU-13: Parti Kita Umum 11 Calon di Kedah

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Parti Kita umum 11 calon mereka yang bertanding di kerusi Dun dan Parlimen di Kedah pada PRU-13
Parti Kita umum 11 calon mereka yang bertanding di kerusi Dun dan Parlimen di Kedah pada PRU-13

SUNGAI PETANI: Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) memperkenalkan barisan pertama calon mereka yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen di Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Mereka akan meletakkan 11 calon yang akan bertanding di sembilan kerusi Dun dan tiga kerusi Parlimen.

Kerusi Parlimen berkenaan ialah, Sungai Petani (Suhaimi Hashim), Pendang (Sanan Maniratana Eplatand) dan Padang Serai (N. Periasamy).

Kerusi Dun terdiri pula ialah, Gurun (Azhar Ahmad), Bukit Selambau (Kamal Nasser Thow Beek), Lunas (N. Prebakaran), Sidam (Vincent Uh), Bakar Arang (Suhaimi Hashim), Kuala Ketil (Datuk Dr G Krishnan), Sg Tiang (Chearean Isan), Pedu (Samransak Kram) dan Merbau Pulas (Arun Appadorai).

Tiga calon berkenaan, berketurunan Siam, dan ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia mereka menjadi calon pilihan raya.

Pengerusi Kedah Kita, Kamal Nasser Thow Beek berkata mereka berharap untuk menjadikan Kita sebagai 'kuasa politik ketiga'.

"Kami sebuah parti yang berkecuali, kita tidak menyokong Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau menyeru rakyat Kedah menyokong Kita dengan mengundi mereka pada PRU-13, dia mendakwa mempunyai sokongan akar umbi yang 'kuat'.

Kamal menambah bahawa Kita akan memperkenalkan lima lagi calon Dun dan 3 calon Parlimen.

Kebanyakan calon yang disenaraikan tediri daripada ahli perniagaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan terdapat juga bekas pemain bola sepak (Samransak).

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan