PRU-13 Masa Untuk Rakyat Tanya Janji Kerajaan Pembangkang

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) merupakan masa untuk rakyat Pulau Pinang bertanya kepada kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang berhubung janji yang dilaungkan ketika mereka meraih undi lima tahun lepas, kata Ketua Pemuda Umno Negeri Pulau Pinang Dr Ir Shaik Hussain Mydin.

Shaik Husssain, yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian Bagan, berkata sepanjang tempoh lima tahun yang lepas, pakatan pembangkang tidak membawa sebarang perubahan, sebaliknya berusaha untuk memecah-belahkan perpaduan kaum di negeri ini.

"Pilihan raya kali ini bukan masa untuk kita jawab tetapi masa untuk kita bertanya kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan barisan kepimpinannya tentang janji yang mereka taburkan kepada rakyat.

"Kita perlu bertanya di mana mereka bina rumah mampu milik yang dijanjikan pakatan pembangkang untuk golongan berpendapatan rendah, tiada satu pun yang mereka bina," katanya dalam ucapan pada majlis perasmian 'Gelombang Biru' Parlimen Bagan di sini malam Sabtu.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Umno Bahagian Bagan Datuk Abdul Latif Mirasa, yang turut menerima 100 borang keanggotaan Umno daripada wakil pakatan pembangkang Syukor Hashim.

Syukor, bekas anggota Parti keadilan Rakyat (PKR) mewakili rakan-rakannya daripada PKR, PAS dan DAP, berkata keputusan untuk menyertai Barisan Nasional (BN) disebabkan tiada perubahan yang dibawa oleh pakatan pembangkang setelah diberi mandat untuk memerintah oleh rakyat.

"Pada kali ini biarlah kami berubah angin. Kami ingin merasai perubahan yang dibawa oleh BN, perubahan yang mampu untuk membawa kemajuan dan pembangunan," katanya ketika menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 1,000 hadirin pada majlis perasmian itu.

Yang turut hadir ialah Penyelaras Parlimen Bagan David Chua dan Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam yang juga Setiausaha MIC Negeri Pulau Pinang M.Karupannan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan