Pingat PKN Hargai Pasukan Keselamatan, Agensi Kerajaan Terlibat Ops Daulat - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Kerajaan bersetuju mewujudkan pingat penghargaan khas yang dinamakan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) bagi menghargai anggota pasukan keselamatan dan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam Ops Daulat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata PKN boleh diberikan kepada mana-mana individu yang berkhidmat dan terlibat secara langsung dalam Ops Daulat, yang bertujuan menentang pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

"Ia sebagai penghargaan kepada anggota pasukan keselamatan atas jasa, keberanian, kebaktian dan pengorbanan mereka, dan semua anggota kakitangan awam yang terlibat dalam Ops Daulat.

"Maka, hari ini saya akan sampaikan secara simbolik kepada beberapa anggota kita yang terlibat dalam ops itu," kata Najib sempena majlis Penghargaan Ops Daulat di sini Sabtu.

Mengenai anggota yang cedera dalam Ops Daulat itu, Najib berkata mereka ditawarkan membeli 50,000 unit saham Bank Rakyat seorang.

Najib juga berkata Bank Rakyat bersetuju menawarkan saham Bank Rakyat bernilai RM100,000 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam tragedi pencerobohan tersebut.

"Berdasarkan dividen yang dibayar oleh Bank Rakyat sebanyak 15 peratus setahun serta bonus tambahan, bererti mereka akan memperoleh 15,000 unit setahun atau pun RM1,250 sebulan.

"Dan jika mereka membuat pinjaman perumahan bernilai RM300,000 hingga RM400,000, untuk beli sebuah rumah atau beli rumah baharu, maka jumlah tersebut mencukupi untuk membayar ansuran pinjaman yang dibuat," katanya.

Perdana Menteri berkata hari ini juga Amanah Ikhtiar Malaysia menyediakan "habuan" bernilai 1.5 juta untuk warga Felda Sahabat.

Kepada 26 keluarga yang kehilangan rumah atau rosak, Yayasan 1MDB menyediakan peruntukan bernilai RM2 juta, kata Najib.

Beliau berkata pada majlis itu, Kelab Putera 1Malaysia juga membekalkan 9,100 bungkusan makanan untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan