Persiapan Jentera Saksi Kebangkitan BN Tawan Pengkalan Chepa - Awang Adek

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Barisan Nasional (BN) bakal menyaksikan kebangkitan bagi parti itu dalam usahanya untuk menawan Parlimen Pengkalan Chepa di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, jentera pilihan raya parti di Pengkalan Chepa yang telah dilancarkan merupakan peringkat akhir untuk menghadapi PRU-13.

"Sebelum ni sudah dibuat untuk persiapan, (tetapi) sekarang ni khusus untuk persediaan pada saat-saat akhir.

"Sekarang ini rakyat memberi sokongan kuat kepada BN, harap jentera (parti) bekerja keras," katanya katanya pada sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya BN Pengkalan Chepa di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah Pengerusi BN Pengkalan Chepa yang juga Ketua Umno Bahagiannya, Datuk Dali Hussin.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, majlis itu menyaksikan kehadiran yang luar biasa iaitu lebih 5,000 orang bagi jentera yang akan bertugas untuk membawa kemenangan pada PRU-13.

"Kalau 5,000 dapat meraih enam orang untuk setiap jentera, ia menjadikan jumlah seramai 30,000 penyokong, yang memungkinkan kemenanangan pada BN kerana Pengkalan Chepa mempunyai lebih kurang 64,000 pengundi.

"Kita yakin ia adalah satu kebangkitan, kita tahu BN tidak pernah menang di Pengkalan Chepa dalam pilihan raya sebelum ini dan ia menzahirkan gelombang keinginan rakyat Kelantan yang rata-ratanya memberi sokongan kuat kepada BN," katanya.

Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa pada ketika ini disandang oleh Datuk Abdul Halim Abdul Rahman daripada parti PAS.

Menurut Awang Adek, beliau mengharapkan jentera BN terus bekerja keras dan bersepakat walaupun nama-nama calon hanya akan diumumkan tidak beberapa hari lagi yang dijangka pada 15 April ini.

"Kita harapkan calon bukan sebagai satu pertimbangan untuk menyokong dan bekerja kuat (kepada BN) kerana ini adalah pilihan yang sudah dibuat oleh Presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang semestinya calon-calon terbaik yang dipilih secara keseluruhannya.

"Memang kita bimbang kalau ada yang kecewa (jika tidak tercalon), sebab itu presiden parti ada beri amanat kepada seluruh jentera baru-baru ini dan harap ia disambut baik," katanya.

Beliau menambah, BN mempunyai harapan yang baik, isu-isu yang berpihak kepada parti dan mempunyai penyokong bersemangat.

"Kita juga yakin sekiranya perpaduan di kalangan parti dijaga, insyaAllah kemenangan akan berpihak kepada kita," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan