Najib Sempurnakan Pelancaran ESSCOM

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu menyempurnakan pelancaran pusat pemerintahan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di sini.

Pelancaran simbolik itu berlangsung 12 tengah hari ini di Pangkalan Polis Marin, yang menjadi pusat sementara sebelum ibu pejabat ESSCOM dibina.

Penubuhan ESSCOM diumumkan Najib pada 7 Mac lepas dalam lawatan pertamanya ke daerah Lahad Datu bagi meninjau Operasi Daulat susulan pencerobohan pengganas Sulu di daerah itu sejak Februari lepas.

ESSCOM merupakan ejen penguatkuasaan bagi Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE), yang merangkumi 10 daerah sepanjang 1,400 km di pantai timur Sabah, dan diwujudkan bertujuan menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini ekoran krisis pencerobohan tersebut.

ESSZONE meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak Semporna dan Tawau.

Perdana Menteri dalam lawatan singkatnya hari ini juga dijadual melawat Felda Sahabat untuk menyampaikan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang terlibat dalam Operasi Daulat di Lahad Datu.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan