Najib Beri Jaminan Proses PRU-13 Berjalan Lancar

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk yang tinggal di kawasan pantai timur Sabah bahawa proses pilihan raya umum ke-13 akan berjalan lancar.

Sehubungan itu, perdana menteri menasihatkan rakyat Malaysia supaya keluar mengundi bagi melaksanakan hak demokrasi mereka pada 5 Mei ini tanpa rasa resah ataupun takut demi menentukan destini mereka.

"Ketua Polis Negara dibantu oleh ATM (Angkatan Tentera Malaysia) akan menjamin proses ini (pilihan raya) berjalan (lancar) dan hak mereka mengikut perlembagaan negara akan dilunaskan seperti mana yang diharapkan.

"Janganlah kerana kekhuatiran dan ketakutan, mereka tidak keluar mengundi sebab niat jahat pihak pengganas ini ialah untuk menakutkan kita. Kalau kita berani, niat mereka itu tidak akan tercapai," katanya berucap merasmikan Majlis Penghargaan Operasi Daulat di Dewan Desa Kencana, Felda Sahabat 16, di sini Sabtu.

Sehubungan itu Najib mengajak seluruh rakyat Malaysia agar menunjukkan keberanian dan semangat juang tinggi seperti dilakukan anggota keselamatan yang sanggup melakukan pengorbanan mutlak menghadapi pengganas demi kedaulatan negara dengan keluar menunaikan hak mereka di bawah perlembagaan negara.

Katanya rakyat Malaysia perlu membuat keputusan sebaik-baiknya dan tepat serta memihak dan memberi sokongan kepada parti yang boleh memberi jaminan keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara.

Perdana menteri turut mengajak rakyat untuk berfikir mengenai tindak-tanduk pihak yang merendahkan moral dan memperlekehkan anggota keselamatan dengan mendakwa kononnya anggota keselamatan terlibat dalam sandiwara dengan pihak pemerintah serta mempertikaikan kesyahidan wira negara yang gugur meskipun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan mereka mati syahid.

"Soalnya apakah mereka ini boleh diharapkan menjamin keamanan dan kedaulatan negara Malaysia kita yang tercinta, apatah lagi kalau dari segi tindakan-tindakan yang mereka lakukan menimbulkan banyak rasa kecurigaan di kalangan rakyat.

"Saya tampilkan persoalan ini kepada tuan-tuan dan puan-puan khususnya rakyat Malaysia di Sabah ini. Fikirlah sebaik-baiknya kerana soal keamanan dan keselamatan serta kedaulatan adalah tanggungjawab kita bersama dan tanggungjawab ini juga melibatkan memilih sebuah kerajaan yang boleh menjamin apa yang diharapkan oleh kita," katanya.

Najib turut mengucapkan selamat berjuang kepada anggota keselamatan dan berkata kerajaan berdiri teguh di belakang mereka serta akan sedaya upaya menyalurkan bantuan kewangan untuk menjamin operasi anggota keselamatan berjaya sepenuhnya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan