Kerusi Parlimen Mas Gading Jadi Perhatian

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Dengan persediaan Barisan Nasional (BN) untuk mengumumkan nama-nama calonnya tidak lama lagi bagi pilihan raya umum 5 Mei ini, perhatian di sini tertumpu mengenai siapa yang akan dipilih bagi kerusi parlimen Mas Gading, Saratok dan Stampin.

Kerusi Mas Gading dipertahankan Datuk Dr Tiki Lafe untuk BN yang ada masa itu bersama dengan parti komponen Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Tetapi sejak itu, Dr Tiki dan empat pemimpin lain dipecat daripada SPDP atas dakwaan membangkang. Bagaimanapun, kumpulan itu tidak menyertai mana-mana parti politik dan memulakan kelab penyokong BN.

Dr Tiki adalah seorang personaliti popular yang masih mendapat sokongan di Mas Gading dan ia bukan satu rahsia bahawa beliau mahu bertanding di kawasan itu sekali lagi sebagai calon BN secara terus.

Semasa dihubungi, Dr Tiki berkata beliau masih menjadi pengerusi penyelaras BN bagi kawasan itu yang ditandingi pertama kali pada 1999 dan mempertahankannya pada 2004 dan 2008, mengalahkan Dr Patau Rubis tiga kali.

"Saya masih bersama BN dan terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk membuat keputusan berdasarkan maklum balas di peringkat akar umbi. Apa yang penting BN mengekalkan kerusi itu," katanya.

Konsep menjadi calon secara terus bukan tidak pernah dibuat di negeri ini sebelum ini.

Penyandang Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo bertanding pada 1990 di bawah lambang BN tanpa menjadi anggota mana-mana parti komponen.

SPDP sudah mempunyai calon muka baharu bagi MAS Gading, Anthony Nogeh, yang pada masa ini merupakan timbalan pengurus besar Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra).

Di Saratok, spekulasi awal adalah penyandang BN Jelaing Mersat mungkin digantikan ketua puteri SPDP dan ahli perniagaan wanita Barbara Mawan, yang juga anak perempuan Presiden parti itu Tan Sri William Mawan.

Bagaimanapun, timbul cakap-cakap bahawa presiden SPDP mungkin bertanding di kawasan itu untuk menentang calon pilihan pembangkang, Ali Biju dari PKR yang mengalahkan timbalan presiden SPDP Datuk Peter Nyarok di Dewan Undangan Negeri Krian semasa pilihan raya negeri pada 2011.

Mawan berkata beliau sudah bersiap sedia untuk Saratok jika ditugaskan kepimpinan BN.

Bagi Stampin, anggota parlimen yang menjadi penyandang lima penggal Datuk Yong Khoon Seng dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kekal sebagai pertaruhan terbaik BN dan telah memberi petunjuk bahawa beliau bersedia menangguhkan rancangan persaraannya.

DAP pula dikatakan akan menukar Anggota Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen ke Stampin.

Ketua Pemuda SUPP yang juga seorang peguam William Yap, yang pada mulanya dicadangkan untuk kerusi itu, memberi sokongan dan berkata beliau akan berkempen untuk Yong sekiranya mahu bertanding untuk penggal kedua. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan