Kerajaan Akan Pastikan Semua Kaum Jadi Rakan Pembangunan Negara - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan berganjak daripada matlamatnya untuk memastikan semua kaum mampu berdikari dan menjadi rakan kongsi dalam pembangunan negara.

Dalam perutusan kepada masyarakat India sempena Tahun Baru Tamil (Putthandu, disambut oleh kaum Tamil), Vishu (disambut oleh Malayali) dan Vaisakhi (kaum Sikh), yang disambut esok, Perdana Menteri berkata kerajaan akan menggandakan usaha dan terus menjadi rakan sebenar kaum India.

Najib berkata kerajaan sentiasa terlibat secara langsung dengan kaum India dan melaksanakan pelbagai program khusus untuk mentransformasikan komuniti itu.

"Kerajaan juga komited menunaikan semua janjinya kepada kaum India, seperti yang telah dilakukan sepanjang empat tahun lepas.

"Hasilnya sudah pun dapat dilihat dan banyak lagi yang perlu dilakukan atau usaha yang menunjukkan kemajuan," kata Perdana Menteri dalam blognya www.1malaysia.com.my.

Najib menggesa kaum India supaya meneruskan kerjasama antara kerajaan dan komuniti itu berasaskan kepercayaan atau "nambikei" bagi membina masa depan yang penuh harapan bagi setiap keluarga, komuniti dan negara.

"Saya tidak mampu membina masa depan secara bersendirian, dan saya sangat-sangat memerlukan setiap seorang daripada anda untuk berjalan bersama saya dalam melakukan transformasi dan memenuhi harapan semua rakyat Malaysia," katanya.

Dalam menyambut permulaan baharu, Perdana Menteri menggesa komuniti India mengenang dan mengingati wira negara yang terkorban di Sabah, ketika mempertahankan Malaysia.

"Permulaan baharu juga merupakan masa untuk kita mengingat dan melihat semula kehidupan kita serta mensyukuri rahmat yang diterima di bumi ini yang menjadi rumah kita.

Najib juga mengulangi komitmennya untuk melihat mereka yang memerlukan bantuan tidak ketinggaan dan menegaskan kerajaan mahu melihat masa depan yang lebih cerah dengan setiap rakyat mempunyai tempat di Malaysia.

"Kita dapat melihat, dalam satu generasi, bagaimana negara sudah membangun dengan pesat. Ini wajar memberikan kita keyakinan untuk berhadapan dengan masa depan yang dikongsi bersama. Saya yakin masa depan terbaik Malaysia bakal menjelang," katanya.

Najib juga menggesa semua rakyat Malaysia berusaha untuk membangunkan negara dengan lebih baik dan bekerja keras untuk meningkatkan kehidupan generasi akan datang.

"Bersama-sama kita akan mewujudkan suasana yang akan meningkatkan kualiti hidup secara langsung bagi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum. Dari mana kita datang tidak penting, yang penting arah tuju kita, bersama.

"Dalam semangat 1Malaysia, saya mengambil kesempatan ini untuk menggesa rakyat Malaysia menyertai saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada rakan-rakan India," kata Najib. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan