Jangan Mudah Salahkan Syabas Dalam Isu Air - Peter Chin

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Sabtu meminta orang ramai tidak sewenang-wenangnya menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam masalah gangguan bekalan air melibatkan hampir 500,000 penduduk sekitar ibu kota dan Gombak.

Beliau berkata masalah itu adalah satu insiden yang tidak diingini dan tidak dapat dielak ekoran kejadian paip pecah berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak, sehingga menjejaskan masalah bekalan air di 28 kawasan Kuala Lumpur dan 55 kawasan Gombak, sejak Rabu lepas.

"Kita perlu berlaku adil kepada Syabas. Paip itu pecah kerana tebing sungai terhakis ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Jika benar ia disebabkan kecuaian Syabas, saya adalah orang pertama yang akan menegur mereka kerana ia di bawah tanggungjawab saya," katanya.

Justeru itu, Chin meminta orang ramai bersabar kerana Syabas sedang berusaha menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Sementara itu, Syabas dalam kenyataannya, berkata kerja pembaikan mengalami sedikit kelewatan disebabkan lokasi paip dan kerja-kerja pembaikan yang terpaksa ditangguh akibat hujan lebat.

Syabas juga berkata pihaknya akan terus menggerakkan 42 lori tangki dan meletakkan 525 tangki air statik di lokasi strategik bagi membekalkan air kepada pengguna selain turut membuka pusat khidmat setempat.

Syabas juga menasihatkan orang ramai untuk menggunakan air secara berhemah dan pelanggan yang memerlukan bantuan bekalan air melalui lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melayari laman web www.syabas.com.my.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib pula semasa dihubungi memberitahu pihaknya bersedia untuk membantu Syabas dari segi logistik sekiranya diminta. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan