Felda Bina Litar Perlumbaan RM1.9 Juta Di Jengka - Isa Samad

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Langkah Felda meluluskan pembinaan litar perlumbaan dengan kos RM1.9 juta di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka di sini, antara lain bertujuan menjana ekonomi penduduk setempat di samping menjadi platform mencungkil bakat baru dalam sukan permotoran negara.

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berkata pembinaan litar itu juga bertujuan melahirkan generasi kedua Felda yang lebih sihat dan berdaya maju.

"Kemudahan ini disediakan kepada warga peneroka dan generasi muda bagi memberi nilai tambah kepada mereka dalam usaha menjadikan masyarakat Felda sebagai contoh.

"Pihak pengurusan Felda sentiasa mengambil berat keperluan generasi muda dan menyedari bahawa golongan belia ini memerlukan satu tempat untuk memudahkan mereka berkumpul bagi melakukan aktiviti sukan dan riadah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek Litar 'Sprint Test' Bandar Tun Abdul Razak pada Jumaat.

Turut hadir Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad dan Pengerusi Majlis Belia Felda negeri, Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak.

Isa berkata litar itu yang dibina di lokasi yang jauh dari kawasan kediaman diharapkan dapat membanteras masalah sosial seperti lumba haram dalam kalangan belia Felda. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan