Calon Adalah Anggota Parti Yang Berdedikasi - PM - Berita Semasa | mStar

Calon Adalah Anggota Parti Yang Berdedikasi - PM

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesemua calon yang dinamakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk mewakili BN, adalah anggota parti yang begitu berdedikasi dan mengambil berat terhadap masalah rakyat.

Justeru, beliau beharap agar rakyat meluangkan masa mengenali calon-calon itu dengan lebih dekat, mengetahui perubahan yang ingin dibawa dan wawasan mereka terhadap kawasan yang diwakili serta negara secara keseluruhannya.

"Dalam lebih tiga minggu lagi kita sama-sama akan dapat bertindak bagi menentukan perjalanan negara kita seterusnya.

"Sekiranya keamanan dan kemajuan yang anda inginkan, maka teruslah menyokong BN kerana sepanjang lima tahun lalu, kami sudah pun membuktikan yang program transformasi telah berjaya membawa kemajuan kepada Malaysia," katanya dalam blog www.1malaysia.com.my.

Najib berkata lebih banyak program transformasi boleh direalisasikan sekiranya BN diberi mandat dan kepercayaan untuk meneruskan menerajui negara. Dalam pada itu, Najib berkata dalam meneruskan tradisi menepati janji membawa harapan, BN telah mengumumkan manifesto atau Akujanji kepada rakyat untuk tempoh pentadbiran seterusnya.

Katanya manifesto itu boleh dilihat dalam bentuk paparan grafik di laman blog www.1malaysia.com.my dan berharap rakyat dapat berkongsi maklumat dengan keluarga dan rakan-rakan mereka.

Di samping itu, Najib berkata BN telah melancarkan Kit Tindakan Online yang boleh dimuat turun sebagai tanda sokongan secara online kepada parti itu.

"Dengan sokongan itu, kita dapat bersama-sama memastikan impian kita semua untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang aman, maju dan makmur pada masa akan datang dapat dicapai," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan