BN Komited Untuk Terusk Kekal Sekolah Mubaligh - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) komited untuk terus mengekalkan semua sekolah mubaligh dalam arus perdana pendidikan negara untuk selama-lamanya jika masih memegang kuasa dalam kerajaan nanti.

Beliau berkata janji yang telah dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam manifesto BN itu, turut memberi jaminan bahawa peruntukkan bantuan kewangan akan termasuk dalam belanjawan kerajaan setiap tahun.

"Kami akan menyokong sekolah mubaligh bukan sahaja dari segi tenaga kerja tetapi juga untuk memastikan kualiti pendidikan adalah sama jika tidak lebih baik daripada sekolah lain. Inilah komitmen BN," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran pada majlis perjumpaan bersama guru sekolah mubaligh seluruh Sarawak serta penyampaian bantuan tabung khas sekolah mubaligh Sarawak di SK Garland, Padawan di sini, Sabtu.

Beliau berkata Belanjawan 2013 memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk sekolah mubaligh bagi menampung kos pembangunan sekolah, termasuk RM31 juta, khusus bagi 127 sekolah mubaligh di Sarawak.

Katanya semua bantuan yang disalurkan itu baik dalam bentuk bantuan modal atau bantuan lain menunjukkan bahawa kerajaan BN tidak pernah meminggirkan sekolah mubaligh, katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran juga sentiasa memberikan perhatian dan tidak pernah meminggirkan 12,549 guru yang mengajar di seluruh negara, termasuk 1,930 orang di Sarawak.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang menjadi pengasas sekolah mubaligh yang telah ditubuhkan sebelum negara mencapai kemerdekaan lebih 100 tahun yang lalu dan mempunyai keunikannya tersendri.

Sekolah mubaligh telah memberi sumbangan yang cukup bermakna untuk mendidik anak bangsa pada waktu awal-awal lagi ketika tidak banyak sekolah dibangunkan, termasuk oleh pihak penjajah pada masa itu, katanya.

Oleh itu, beliau berkata pemimpin masyarakat merasa bertanggungjawap untuk membina sekolah mubaligh bukan sahaja di Sarawak dan Sabah tetapi di Semenanjung yang telah melahirkan ramai tokoh yang berkaliber dan berkarismatik.

Kini bilangan murid di 128 sekolah mubaligh, termasuk 114 sekolah rendah dan 13 sekolah menengah di Sarawak ialah seramai 43,384 berbanding 217,056 orang di 410 sekolah mubaligh di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan