Abdul Khalid Masih Mahu Jadi MB Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

KLANG: Sehari selepas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan parti itu sedang menimbang beberapa calon untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor jika pakatan pembangkang mengekalkan kuasa di negeri itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau masih ingin mengekalkan jawatan berkenaan.

Abdul Khalid berkata beliau sekali lagi akan menawarkan diri untuk menjadi Menteri Besar jika kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pakatan pembangkang meningkat kali ini, melebihi 36 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008.

Beliau yang ditanya sama ada bertanding mempertahankan kerusi DUN Ijok yang dimenangi pada PRU12 atau beralih ke DUN Pelabuhan Klang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei ini, Abdul Khalid berkata cadangan beliau bertanding di Pelabuhan Klang dibuat oleh pucuk pimpinan PKR bagi mengemas kini kekuatan parti.

"Sebagai Menteri Besar, saya mesti sanggup menerima cadangan kepimpinan parti. Saya belum buat keputusan. Keputusan itu akan diumumkan Ahad ini. Saya sendiri mesti beri persetujuan, bukan sahaja parti yang harus setuju, saya mesti juga setuju." katanya.

Pada Khamis, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membayangkan Abdul Khalid mungkin tidak dikekalkan jika PKR terus berkuasa memandangkan parti itu kini mempunyai beberapa calon berpotensi untuk menyandang jawatan itu, selain Abdul Khalid. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan