Ummi Hafilda Tawar Diri Lawan Azmin Pada PRU-13

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ummi Hafilda bersemangat menyampaikan ceramahnya.Foto ZAINUDIN AHAD/THE STAR
Ummi Hafilda bersemangat menyampaikan ceramahnya.Foto ZAINUDIN AHAD/THE STAR

BALIK PULAU: Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum kali ini.

Katanya beliau yakin dengan kebenaran yang diperjuangkan selama ini beliau mampu mengalahkan Azmin baik di kawasan parlimen mahupun dewan undangan negeri yang ditandingi abangnya itu.

"Tetapi ini semua bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno. Saya yakin Azmin akan tersungkur kerana sebagai ahli keluarga saya tahu kelemahan beliau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah 'bongkar', di Kampung Sungai Pinang, di sini malam Khamis.

Pada masa yang sama Ummi berkata beliau akan terus menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu berkaitan Azmin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apa yang saya lakukan ini bukan kerja main-main kerana rakyat harus disedarkan supaya tidak tersalah memilih dalam pilihan raya nanti," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan