Tokoh Umno Datuk Paduka Fatimah Abdul Majid Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Paduka Fatimah Abdul Majid
Datuk Paduka Fatimah Abdul Majid

KUALA LUMPUR: Tokoh politik dan seorang daripada pengasas Umno Datuk Paduka Fatimah Abdul Majid meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini Jumaat.

Fatimah, 94, meninggal dunia kira-kira pukul 10 pagi ini kerana masalah pernafasan, menurut anaknya Siti Zainab Sheikh Abu Bakar.

Allahyarham merupakan wanita pertama menjadi wakil rakyat di Johor pada 1959.

Jenayah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini kira-kira 6 petang Jumaat.

Allahyarham meninggalkan lapan orang anak perempuan dan 35 cucu dan cicit.

Siti Zainab berkata Allahyarham merupakan seorang pejuang politik yang sama-sama menuntut kemerdekaan satu ketika dahulu dan begitu sayangkan bangsa dan negara.

"Hingga akhir hayatnya beliau masih sayang Umno," kata Siti Zainab yang merupakan bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama dan bekas Anggota Parlimen Tebrau, Johor.

Seorang lagi anak Allahyarham, bekas Hakim Mahkamah Perusahaan, Datuk Siti Zaleha berkata Allahyarham sering berpesan supaya memperbanyak amal ibadat dan kebajikan untuk negara. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan