Setiausaha Agung MCA Ingatkan Anggota Waspada Dengan Khabar Angin

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha pada Jumaat mengingatkan anggota parti itu agar berhati-hati dengan khabar angin dan laporan tidak sah yang tersebar, bagi mengelakkan mereka termasuk perangkap pembangkang pada pilihan raya umum ini.

"Kita sebaliknya mesti merujuk semua maklumat kepada fakta yang diumum jawatankuasa pusat parti," katanya dalam kenyataan, di sini.

Kong berkata semua anggota MCA mesti bersatu hati dan fikiran bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 ini.

"Rakan-rakan seperjuangan sekalian, pada masa yang penting ini kita mesti mengetepikan segala perbezaan dan salah faham untuk bekerja sebagai satu pasukan demi kebaikan MCA dan Barisan Nasional, agar kita dapat membawa kemenangan besar kepada Barisan Nasional," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan