PRU-13: PAS Negeri Sembilan Umum Tanding 15 Kerusi Parlimen/DUN

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEMPOL: PAS sekali lagi mendahului sekutunya dalam pakatan pembangkang mengumumkan senarai calon, kali ini di Negeri Sembilan, untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya PAS negeri Mohamad Taufek Abd Ghani di sini Rabu malam.

Mereka mengesahkan pencalonan penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin bertanding bagi kerusi parlimen Jempol, mengisi satu daripada tiga kerusi parlimen yang akan ditandingi calon PAS di negeri ini selain 12 kerusi dewan undangan negeri.

PAS meletakkan Yang Dipertua PAS Tampin Zakaria Khalim untuk bertanding di Tampin dan Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat Aiman Athirah Al-Jundi di Jelebu. Negeri Sembilan mempunyai 36 DUN dan lapan kawasan parlimen.

Pada PRU 2008,PAS hanya memenangi satu kerusi DUN Paroi menerusi Mohamad Taufek dan tewas 11 lagi kerusi DUN serta ketiga-tiga kerusi parlimen yang ditandingi.

Senarai calon PAS untuk kerusi DUN ialah Mohamad Taufek (Paroi), Nor Anif Selamat (Sungai Lui), Dr Rosli Yaakop (Klawang), Abd Rahman Ramli (Serting), Zulkefly Mohamad Omar (Lenggeng), Zaharuddin Othman (Senaling), Nor Azman Mohamad (Johol), Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Chembong), Mohd. Noor Yassin (Gemencheh), Ramli Ismail (Bagan Pinang), Ghazali Mohd Shom (Kota) dan Mohd Khairil Anuar Wafa (Labu).-BERNAMA

iklan

iklan

Produk Berkaitan

Iklan