PRU-13: Parti Kita Umum 11 Calon di Kedah

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Parti Kita umum 11 calon mereka yang bertanding di kerusi Dun dan Parlimen di Kedah pada PRU-13
Parti Kita umum 11 calon mereka yang bertanding di kerusi Dun dan Parlimen di Kedah pada PRU-13

SUNGAI PETANI: Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) memperkenalkan barisan pertama calon mereka yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen di Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRu-13), 5 Mei ini.

Mereka akan meletakkan 11 calon yang akan bertanding di sembilan kerusi Dun dan tiga kerusi Parlimen.

Kerusi Parlimen berkenaan ialah, Sungai Petani (Suhaimi Hashim), Pendang (Sanan Maniratana Eplatand) dan Padang Serai (N. Periasamy).

Kerusi Dun terdiri pula ialah, Gurun (Azhar Ahmad), Bukit Selambau (Kamal Nasser Thow Beek), Lunas (N. Prebakaran), Sidam (Vincent Uh), Bakar Arang (Suhaimi Hashim), Kuala Ketil (Datuk Dr G Krishnan), Sg Tiang (Chearean Isan), Pedu (Samransak Kram) dan Merbau Pulas (Arun Appadorai).

Tiga calon berkenaan, berketurunan Siam, dan ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia mereka menjadi calon pilihan raya.

Pengerusi Kedah Kita, Kamal Nasser Thow Beek berkata mereka berharap untuk menjadikan Kita sebagai kuasa 'politik ketiga'.

"Kami sebuah parti yang berkecuali, kita tidak menyokong Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau menyeru rakyat Kedah menyokong Kita dengan mengundi mereka pada PRu-13, dia mendakwa mempunyai sokongan akar umbi yang 'kuat'.

Kamal menambah bahawa Kita akan memperkenalkan lima lagi calon Dun dan 3 calon Parlimen.

Kebanyakan calon yang disenaraikan tediri daripada ahli perniagaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan terdapat juga bekas pemain bola sepak (Samransak).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan