PRU-13: Kempen Dalam Talian Semakin Parah

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kempen secara dalam talian menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13) yang akan berlangsung pada 5 Mei ini semakin parah dengan pengguna Internet dari kedua-dua parti politik berperang mulut antara satu sama lain.

Perang mulut itu diburukkan lagi dengan penggunaan kata-kata kesat secara sewenang-wenangnya, kadangkala tidak menghormati sensitiviti agama dan perkauman di mana pengguna Internet tersebut bersaing untuk mempengaruhi persepsi orang ramai.

Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat saling mendakwa antara satu sama lain mengupah cyber trooper untuk menyerang lawan mereka di media sosial.

Satu contoh yang diterima daripada aduan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap satu kes melibatkan cyber trooper pro-pembangkang yang memuat turun gambar seorang wanita dalam talian bulan lepas disertai dengan kata-kata kasar dan kesat.

Wanita tersebut yang merupakan ahli jawatan Malaysia Youth Right Moment juga diancam akan dirogol secara berkumpulan dan dibunuh selepas beliau menyatakan pendiriannya terhadap beberapa isu.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengkritik strategi yang digunakan oleh cyber trooper berkenaan dengan berkata 'mereka terlalu memberikan fokus untuk menyerang'.

"Dalam jangka masa panjang, strategi itu tidak berkesan. Orang ramai akan mula membaca komen tersebut dan berkata anda menghina kepintaran saya," kata Saifuddin.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan partinya mengupah cyber trooper dan menggesa semua ahli politik untuk menyatakan pendirian mereka mengenai taktik terbaru yang digunakan aktivis siber.

"Kami (ahli politik) tidak boleh dianggap membiarkan saja komen kesat itu. Kami harus berterus-terang. Jika ia datang dari parti saya, kami harus menghalang mereka," kata Ooi.

Pegawai Jabatan Siasatan Komersial Ibu Pejabat Bukit Aman, Supritendan Ahmad Noordin Ismail berkata, menahan cyber trooper dan pembuli siber amat rumit kerana kekurangan bukti.

"Orang ramai boleh mengeluarkan komen-komen tersebut dan memadamkannya dengan mudah," katanya.

Eksekutif Editor Digital News Asia, A .Asohan berkata, dia menjangkakan perang mulut itu akan berlaku dan memberi amaran bahawa perkara itu akan bertambah buruk menjelang hari mengundi.

"Permainan kotor yang sebenar adalah dari Internet. Anda akan melihat pelbagai tuduhan dari semasa ke semasa," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan