PRU-13: BN Yakin Kuasai Semula 20 Kerusi Parlimen - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) yakin dapat menguasai semula 20 kerusi parlimen yang terlepas kepada pembangkang, pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ini.

Ketua Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata dengan tambahan 20 daripada 137 yang dimenangi pada PRU 2008, BN akan memperoleh majoriti dua pertiga.

"Kita sasar lima kerusi yang mampu kita rampas semula dari PAS, lima dari DAP dan 10 dari PKR (Parti Keadilan Rakyat)," katanya kepada pemberita selepas majlis penerangan manifesto BN peringkat negeri Selangor di Bangunan Umno Selangor di sini.

Mengulas mengenai strategi pakatan pembangkang yang menempatkan golongan artis di kawasan parlimen dan DUN bagi memancing undi, Ahmad yang juga anggota Parlimen Pontian berkata BN tidak pernah merasa goyah dan khuatir berhubung perkara itu.

"Ramai artis sebenarnya yang menyokong BN dan kita tak pernah risau mengenai perkara itu, sekiranya Dayangku Intan (PKR) yang diuar-uarkan mahu bertanding di Pontian juga saya sangat alu-alukan tetapi saya mahu bercabar Anwar Ibrahim untuk bertanding di situ," katanya.

Mengenai majlis penerangan manisfesto yang diadakan, Ahmad berkata BN telah melantik 10 penceramah utama di setiap bahagian parlimen dan DUN yang bermula hari ini sehingga 4 Mei depan.

"Penceramah ini terdiri daripada beberapa kumpulan termasuk ustaz dan pesara, mereka juga antara tulang belakang dalam jentera barisan parti komponen kita yang akan memberi taklimat mengenai manifesto BN kepada rakyat," tambahnya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan