Polis Ambil Tindakan Tegas Pihak Ganggu Proses Pilihan Raya - Ismail

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan mengganggu perjalanan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang diadakan pada 5 Mei ini.

Beliau berkata polis akan mengawal keadaan keselamatan di seluruh negara terutama Sabah bagi memastikan tiada elemen pengganas mahupun unsur yang tidak diingini.

"Pasukan polis harus menangkis segala persepsi buruk daripada mana-mana pihak dan harus bertindak mengikut perundangan negara tanpa mengira pangkat dan status seseorang itu serta bertindak balas dengan cepat untuk mengawal keadaan," katanya.

Ismail berkata demikian ketika berucap pada majlis pemakaian pangkat 12 pegawai kanan polis termasuk Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang dinaikkan pangkat ke Komisioner Polis (CP) berkuat kuasa hari ini di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu, Kepayan di sini, Jumaat.

Mengenai Operasi Daulat yang dijalankan susulan pencerobohan pengganas yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak Februari lepas, beliau berkata polis masih meneruskan operasi dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menangani isu keselamatan di negeri ini terutama semasa menghadapi PRU13 di kawasan terbabit.

"Polis akan mengambil apa juga cara untuk menangani isu pencerobohan di negeri Sabah kini yang tiada tanda-tanda pengganas menyerah diri atau menarik balik ancaman tetapi situasi masih terkawal. Namun, kita perlu hati-hati kita ada rancangan masa panjang dan pendek untuk menghadapi ancaman itu," katanya.

Ismail turut menasihatkan anggota polis agar sentiasa mengambil pendekatan terbaik dalam menjalankan tugas kerana beliau yakin terhadap setiap kekuatan anak buahnya menangani apa jua situasi.

Seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi pada pilihan raya kali ini yang bakal diadakan susulan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan