PM Diminta Selaras Cuti Pada 5 Mei Di Semua Negeri

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Mukim Sungai Karang/Beserah (Bakkis) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytihar cuti di Kelantan, Kedah dan Terengganu pada 5 Mei.

Yang Dipertuanya, Wan Azlan Wan Salleh berkata cuti itu perlu diselaras di seluruh negara bagi membolehkan rakyat, terutama penduduk di negeri terbabit, menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya umum ke-13.

"Di tiga negeri itu - Terengganu, Kelantan dan Kedah - Ahad merupakan hari bekerja, kami merasakan ia akan menyukarkan rakyat untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Selain itu, beliau berharap sektor swasta yang beroperasi pada hari pengundian, akan dapat memberi cuti kepada pekerjanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Azlan yang juga Ketua Cawangan Umno Balok Paine, Beserah, menyerahkan borang keahlian kepada tiga anggota PAS daripada satu keluarga di Kampung Balok di sini.

Ketua keluarga itu, Tawang A.Bakar, 78, berkata beliau menganggotai PAS sejak 1989 dan kini berhasrat menyertai Umno selepas mendapati parti pembangkang itu tidak lagi memperjuangkan Islam.

"Apa yang berlaku sekarang, parti Umno yang sebenarnya telah banyak membantu memajukan orang Melayu dan Islam," katanya.

Sementara itu, isteri Tawang iaitu Maimun Abdul Rahman, 70, dan anaknya, Malik, 43, turut berminat menyertai Umno. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan