Pertelagahan Pembahagian Kerusi Pakatan Pembangkang Ibarat 'Main Bisik-Bisik' - Ahmad Said

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pertelagahan pakatan pembangkang berhubung pembahagian kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 dan pertembungan sesama sendiri di beberapa kerusi boleh diibaratkan "main bisik-bisik" kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu dan Badan Perhubungan Umno negeri itu berkata keadaan itu menunjukkan pakatan pembangkang terdiri PAS, PKR dan DAP hanya sekadar pakatan tanpa diikat dengan perlembagaan.

"Pakatan ini bertanding macam main bisik-bisik. Sekarang beri (kerusi) kepada orang lain, kemudian kejap lagi beri orang lain, macam 'Lalalitamplom'.

"Kerja dia hanya nak mengalahkan BN sahaja dengan apa jua caranya walaupun tahu musuh dia (sebenarnya dalam pakatan sendiri)," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri, di sini malam Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas situasi pakatan pembangkang yang masih bertelagah mengenai pembahagian kawasan untuk ditandingi pada PRU13. Antara kes perebutan kerusi di kalangan pakatan pembangkang ialah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang melibatkan PAS dan PKR manakala DAP Kedah secara terbuka menyatakan bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru sesama mereka jika tuntutan tambahan kerusi daripada PKR tidak diendahkan.

Selain itu, wujud senario anggota ketiga-tiga parti mengisytiharkan keluar parti dan akan bertanding sebagai calon Bebas seperti yang berlaku di Bukit Gasing, Selangor dan Sungai Limau, Kedah apabila aktivis DAP dan PAS bersedia menjadi calon Bebas pada PRU13.

Ahmad yakin tiga parti dalam pakatan pembangkang akan berpecah apabila kalah dalam PRU13. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan