Pembangkang Hanya Pandai Berbohong -TPM - Berita Semasa | mStar

Pembangkang Hanya Pandai Berbohong -TPM

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang hanya tahu menggunakan pendekatan populis untuk menarik sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sedangkan mereka sebenarnya hanya berbohong kepada rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, negara kita sudah berada dalam keadaan amat bagus dengan wujudnya banyak peluang pekerjaan, rakyat memiliki pendapatan tinggi serta pembangunan yang banyak.

Namun kata beliau, pembangkang memberi janji bahawa jika rakyat menyokong, mereka akan memberikan lebih lagi.

"Saya diminta mengkaji manifesto pembangkang dan hasil kajian mendapati negara akan mengalami defisit hingga 11 paratus jika mereka laksanakan manifesto itu.

"Kita sebaliknya berusaha supaya jangan jadi bankrap selepas lebih 55 tahun memerintah," katanya ketika berucap melancarkan jentera Barisan Nasional (BN) Pagoh sempena Himpunan Jentera BN Pagoh, di sini, Khamis.

Hadir sama isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Pengarah Jentera Pilihan Raya Parlimen Pagoh, Datuk Tahir Taat.

Muhyiddin melabelkan pembangkang sebagai tidak ada kerja lain dengan siang malam hanya memikirkan untuk menakluk Putrajaya dan menjadi perdana menteri.

"Mereka ini gila kuasa, berpakat sesama sendiri macam sebulu tapi sebenarnya banyak bulu, tidur sebantal tapi mimpi lain-lain, ada yang nak naik roket ke bulan.

"Yang ada hanya agenda pemimpin mereka. Manifesto mereka hanya 15 peratus betul, mereka kata bukan janji dan tak perlu tunaikan, apa rakyat nak mereka janji bagi, mereka hanya populis dan berbohong pada rakyat," katanya.

Semua itu kata beliau, menunjukkan pembangkang tidak bertanggungjawab dan mereka tiada pengalaman seperti kerajaan BN.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan