Pas Seolah-Olah Tidak Yakin 'Chegu Bard' Sebagai Calon

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Walaupun Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai 'Chegu Bard', dianggap popular sebagai ahli politik PKR, namun PAS dilihat tidak yakin dengan pencalonannya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh.

Mungkin juga kerana Chegu Bard pernah kalah pada pilihan raya umum 2008 di tangan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bagi kerusi Parlimen Rembau.

Kalah di Negeri Sembilan, beliau dilihat mencuba nasib di Pulau Pinang pula mungkin itu juga alasan rakan sekutunya, PAS, turut mengumumkan calonnya bertanding kerusi yang sama di Sungai Acheh.

Cikgu Bard berkata beliau hanya mengetahui mengenai calon PAS itu selepas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man pada malam Rabu mengumumkan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Yusni Md Piah sebagai calon.

"Sejak beberapa tahun lepas, saya telah turun buat kerja di Sungai Acheh," katanya untuk menegaskan kenapa beliau akan bertanding bagi kerusi itu. "Memang ada perbincangan di peringkat tertinggi mengenai kerusi itu oleh PKR dan PAS, tetapi saya tidak pasti sama ada ia mencapai keputusan," katanya kepada pemberita selepas menyertai sekumpulan penyokong pakatan PAS/PKR/DAP berhimpun secara aman di Komtar bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri, Jumaat.

DUN Sungai Acheh yang menjadi rebutan pakatan PAS dan PKR itu merupakan satu daripada tiga kerusi DUN dalam Parlimen Nibong Tebal yang dianggap sebagai kerusi tradisi PAS, namun beralih tangan kepada PKR pada pilihan raya umum 2008. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan