PAS Bantah PKR Letak Calon Di Bera

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Anggota Jentera Pilihan Raya PAS Parlimen Bera pada Jumaat membantah tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon PKR yang akan bertanding di kawasan Parlimen berkenaan pada pilihan raya umum ke-13.

Bantahan itu dilakukan kira-kira 50 anggota PAS yang menamakan diri mereka sebagai Jawatankuasa Bertindak Bantah PKR Rampas Parlimen Bera.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Mohd Shahrul Mohamed berkata kerusi Parlimen Bera merupakan kerusi sasaran PAS Pusat untuk dimenangi pada pilihan raya umum ini.

"Kerusi Parlimen Bera juga tidak pernah dimasukkan dalam mana-mana rundingan pertukaran kerusi antara PKR dan PAS sejak tahun 2008 dan tindakan Ketua Umum PKR mengumumkan kerusi itu ditandingi PKR pada 9 April lepas, merupakan satu tindakan biadap," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata jentera pilihan raya PAS kawasan itu kesal kerana pengumuman itu dibuat tanpa rundingan dan persetujuan PAS.

Anwar telah mengumumkan Zakaria Abdul Hamid, Ketua Cabang PKR Kuala Lipis sebagai calon PKR di Bera. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan