Pairin Pertahan Kerusi Parlimen Keningau, DUN Tambunan

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Joseph Pairin Kitingan
Joseph Pairin Kitingan

PENAMPANG: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Keningau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ini.

Beliau juga mengulangi kenyataan PRU-13 ini adalah yang terakhir baginya.

"Ini adalah pertarungan untuk kebaikan semua rakyat di Sabah," katanya kepada pemberita selepas Himpunan Gelombang Biru dan pelancaran jentera Barisan Nasional (BN) Sabah yang bertema 'Tatap BN' di sini malam Khamis.

Pelancaran itu dilakukan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Ditanya mengenai calon yang dikemukakan PBS pada PRU13 ini, Pairin berkata kemungkinan ada muka-muka baharu.

Walaupun muka baru, rakyat di Sabah harus menyokong calon BN ini demi kelangsungan program transformasi yang dilaksana kerajaan negeri dan pusat, kata Pairin yang merupakan 'Huguan Siou' atau pemimpin agung kaum Kadazandusun Murut itu.

"Kita tahu masyarakat bijak membuat penilaian yang tulus ikhlas dengan memberi sokongan kepada kepimpinan BN berbanding pembangkang yang tidak sehaluan apatah lagi pendekatan mereka sukar dipercayai," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pairin memenangi kerusi Parlimen Keningau dengan majoriti 4,264 undi mengatasi adiknya Datuk Jeffrey Kitingan yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kerusi DUN Tambunan pula dimenangi Pairin dengan majoriti 2,781 undi mengatasi Mozes Michael Iking juga daripada PKR. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan