Menteri Luar Asean Bimbang Dengan Ketegangan Di Semenanjung Korea - Berita Semasa | mStar

Menteri Luar Asean Bimbang Dengan Ketegangan Di Semenanjung Korea

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri-menteri Luar Asean melahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap keadaan keselamatan di Semenanjung Korea yang semakin buruk berikutan amaran Korea Utara bahawa Semenanjung tersebut sedang menuju perang termonuklear.

Mereka menyeru semua pihak yang berkonflik agar dapat mengawal diri dan mengambil langkah segera untuk mengekal ketenangan dan mengurangkan ketegangan.

Ini terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Malaysia sempena mesyuarat peringkat menteri Asean di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, sebagai persediaan kepada Sidang Kemuncak Asean ke-22 yang dijadual pada 24 dan 25 April ini.

Dilaporkan Korea Utara akan mengadakan satu lagi ujian peluru berpandu pada 'bila-bila masa', sehingga menimbulkan ketegangan di wilayah yang sudah bergolak itu.

Kenyataan itu berkata para menteri berkenaan turut membincangkan perkembangan di Laut China Selatan. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan