Lagi Video Seks Melibatkan Pemimpin Pembangkang Didedahkan

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu lagi skandal seks dikaitkan dengan Pakatan Rakyat didedahkan tetapi kali ini melibatkan seorang pemimpin kanan PAS.

Sebuah blog politik Kedahan69ers.com memuat naik klip video sepanjang empat saat kira-kira pukul 8.30 malam, Khamis.

Video tersebut memaparkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin PAS sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai di dalam sebuah bilik hotel.

Lelaki tersebut hanya memakai singlet putih.

Tidak lama kemudian, satu lagi blog politik Medan Info Kita turut memuat naik klip video dengan versi lebih panjang pada pukul 9.04 malam.

Selain rakaman awal, teaser selama 25 saat turut memaparkan seorang lelaki bersama dengan seorang wanita di bilik yang sama dan screenshot pasangan terbabit memakai pakaian secara berasingan.

Di blog tersebut, ia menyatakan seorang sumber berkata rakaman tersebut diambil menggunakan kamera tersembunyi yang dipasang menghala ke arah katil di dalam bilik terbabit.

Kira-kira pukul 11 malam, blog tersebut turut menyiarkan beberapa keping gambar yang diambil dari video tersebut menunjukkan lelaki dan wanita yang sama sedang mengadakan hubungan seks.

PapaGomo turut memuat naik gambar tersebut di blognya.

Polis Terengganu telah merampas 16 keping video cakera padat (VCD) seks yang kononnya melibatkan pemimpin PAS itu.

Difahamkan video tersebut diedarkan bersama dengan gambar bogel seorang lelaki di Jalan Sekolah dan Taman Hidayah di Besut, Terengganu kira-kira pukul 7.40 malam Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, VCD dan beberapa keping gambar diletakkan di dalam sampul surat.

"Penduduk kampung yang membuat laporan polis mendakwa beberapa lelaki tidak dikenali mengedarkan gambar dan VCD tersebut. Anggota polis diarahkan ke tempat kejadian dan merampas barang-barang itu," katanya.

Manoharan berkata, tiada penahanan dilakukan dan menggesa saksi untuk tampil bagi membantu siasatan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan