Jangan Rosakkan Keistimewaan Diberi Arab Saudi Kepada Jemaah Haji Malaysia - Duta

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Banyak keistimewaan berkaitan urusan ibadah haji diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada jemaah Malaysia yang membolehkan mereka menjalankan ibadah dengan selesa, kata Duta Besar Malaysia di Arab Saudi Datuk Syed Omar Al Saggaf.

Beliau berkata antara keistimewaan itu ialah pengurusan imigresen di lapangan terbang yang lebih pantas dan pelbagai urusan haji lain yang lebih mudah serta efisien.

Keistimewaan itu diberikan selaras dengan hubungan baik antara Tabung Haji dan Kementerian Haji Arab Saudi, di samping disiplin terbaik jemaah dari Malaysia sepanjang mengerjakan umrah dan haji sebelum ini, katanya.

"Saya nasihatkan para jemaah kita supaya jangan rosakkan keistimewaan ini dengan melakukan perbuatan yang dilarang, sehingga boleh menyulitkan jemaah haji dari Malaysia yang akan datang," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian semasa dirujuk mengenai langkah-langkah ketat yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi bagi melicinkan urusan ibadah haji di musim haji, terutama di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram, Makkah.

Syed Omar berkata hubungan baik dengan Arab Saudi juga menjadi antara sebab jemaah haji Malaysia memperoleh keistimewaan itu, dan beberapa pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud sebelum ini menjadi testimoni hubungan yang cukup akrab antara kedua-dua negara.

Beliau berkata projek perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram yang sedang rancak dilaksanakan ketika ini merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan kota Makkah.

Projek itu pastinya memberi kesan kepada keselesaan ramai jemaah haji, namun ia hanya sementara, kerana apa yang sedang diusahakan kerajaan Arab Saudi ialah demi keselesaan jemaah beribadah di masa hadapan, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan