Jamaluddin Mohd Radzi Mahu Pertahan Kerusi Behrang

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Jamaluddin Mohd Radzi
Jamaluddin Mohd Radzi

IPOH: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang Jamaluddin Mohd Radzi akan bertanding sebagai calon Bebas untuk mempertahankan kerusi DUN itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana yakin dapat menambat hati pengundi di kawasan itu.

"Sekiranya (bertanding) antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), BN (Barisan Nasional) dan saya sebagai calon Bebas, saya yakin saya akan menang tetapi ia satu pertarungan sengit.

"Sekiranya saya guna lambang BN untuk lawan calon PKR, saya akan menang dengan majoriti lebih 5,000 dan mungkin jumlah itu adalah yang tertinggi di Perak," katanya ketika ditemui pemberita selepas membeli borang pencalonan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Perak di sini, Jumaat.

Ditanya sama ada beliau berminat untuk bertanding atas tiket BN, beliau berkata: "Kalau kita nak bertunang pun kena ada orang masuk meminang, mana boleh kita menawarkan diri. Sekiranya ada pihak yang memberi tawaran saya akan fikirkan.

"Selama hari ini pun saya bekerja untuk BN dan Perak pun adalah di bawah BN, tidak mustahil saya penyokong kuat BN." Pada pilihan raya umum ke-12, Jamaluddin yang mewakili PKR mengalahkan calon BN, M. Ramasamy dengan majoriti 1,027 undi.

Pada Februari 2009, Jamaluddin bersama tiga lagi Adun pakatan pembangkang mengisytiharkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN, sekali gus memberi laluan kepada BN membentuk kerajaan di Perak. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan