Isu Video Lucah Pukulan Maut Kepada PAS - Hassan Ali

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Dr Hasan Ali
Datuk Dr Hasan Ali

BATU PAHAT: Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali menganggap isu video lucah yang didakwa melibatkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali merupakan pukulan maut bagi parti tersebut.

Menurut Hasan, biarpun perkara itu telah dinafikan namun ia bakal menjadi bebanan hebat bagi PAS selepas rentetan beberapa isu sebelum ini.

"Sama ada video itu palsu atau benar ia dilihat akan menjadi satu beban besar atau pukulan maut bagi PAS.

"Ini kerana PAS sendiri mempunyai banyak masalah yang bersangkut paut berkaitan negara Islam, Hudud, Kalimah Allah dan Keceluparan Nik Aziz," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penerangan Menifesto Barisan Nasional di Pejabat Umno Ayer Hitam, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penyebaran video lucah di laman-laman blog yang didakwa melibatkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, sejak petang Khamis.

Tambah Hasan, penjelasan yang telah diberikan oleh beberapa pemimpin PAS tentang perkara tersebut juga tidak memadai.

"Mereka beri penjelasan bahawa ia adalah rekaan dan dibuat-buat namun kenyataan itu tidak boleh diterima oleh penyokong parti itu termasuk rakyat jelata.

"Saya percaya jika mereka tidak tampil dengan satu penjelasan dan menyelesaikan perkara ini dengan baik ia akan menambah burukkan imej parti Islam itu di mata dunia," ujarnya.

Sementara itu, Hasan turut menggesa satu jawatankuasa penyelidikan ditubuhkan bagi membuat kajian tentang kesahihan video berkenaan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan