Hanya Seorang Atau Dua Calon DAP Dapat Bertanding Dua Kerusi - Karpal

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP hanya akan membenarkan seorang atau dua individu bertanding serentak di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 atas sebab strategik, kata Pengerusinya Karpal Singh.

Parti itu juga masih belum selesai memilih calon dan kemungkinan ia akan berlarutan sehingga menjelang hari penamaan calon pada 20 April, katanya.

Calon DAP dipilih jawatankuasa empat anggota terdiri Karpal Singh, penasihat Lim Kit Siang, setiausaha agung Lim Guan Eng dan ketua disiplin parti Tan Kok Wai.

Karpal Singh memberitahu Bernama, jawatankuasa itu bermesyuarat dua hari lepas dan antara perkara dibincangkan ialah berhubung satu calon bagi satu kerusi. "Antara isu utama dibincangkan ialah siapa yang patut diberikan pengecualian itu. Masih ada masa sehingga minggu depan untuk perbincangan lanjut mengenai senarai calon," kata Karpal Singh tanpa mengulas lanjut.

Orang dalaman parti berkata jawatankuasa pemilihan itu juga membincangkan isu calon India selepas beberapa penyandang kerusi Parlimen daripada DAP berkata jumlah mereka dijangka dikurangkan berbanding pada pilihan raya umum 2008.

Kini sembilan pemimpin DAP adalah penyandang kerusi Parlimen dan DUN, antaranya Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, setiausaha penganjur parti kebangsaan Teresa Kok dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Prof P. Ramasamy.

Sepertimana rakan dalam pakatan pembangkang iaitu PKR dan PAS, DAP juga telah mengumumkan nama calonnya secara berperingkat.

Kit Siang telah mengumumkan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah di Johor manakala Karpal Singh, 72, berkata beliau akan kekal di Pulau Pinang untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor kerana "buat masa ini, saya belum mahu bersara". -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan